mcmc
Maklumat Setempat

BARAAN & MARHABAN AIDILFITRI 2022 DI KAMPUNG PARIT SELANGOR

raya 2022 2

raya 2022 2

Sambutan Aidilfitri pada 2022 menjadi kenangan buat semua. Setelah 2 tahun tiada sambutan secara meriah, tahun ini semua orang berpeluang untuk meraikannya dalam suasana negara melangkah ke fasa endemik. Kelonggaran telah diberikan kepada semua untuk meraikan Aidilfitri 2022 bersama-sama keluarga dan orang tersayang. Lebih menjadikan hari raya tahun ini lebih bermakna, pengumuman yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam raya tersebut telah menjadikan seluruh negara ‘terkejut’ kerana perubahan Hari Raya yang dijangka jatuh pada hari Selasa telah bertukar kepada hari Isnin berikutan anak bulan Syawal telah kelihatan di 2 stesen cerapan yang terletak di Langkawi & Labuan. Di dalam kekalutan semua melakukan persiapan hari raya, ia menjadi salah satu kenangan istimewa buat semua. Setelah 2 tahun tidak berhari raya, kini raya terkejut pula. 

Di kampung Parit Selangor, tradisi baraan yang sinonim dengan masyarakat Jawa turut dilaksanakan kembali pada tahun ini. Program baraan telah diadakan bermula pada hari raya kedua (berikutan kejutan perubahan tarikh 1 Syawal). Tradisi baraan ini disertai pelbagai lapisan umur penduduk di sekitar kawasan 5 Mukim Pontian ini.