mcmc
Maklumat Setempat

SEJARAH RUKUN NEGARA

images

 

 

images

SEJARAH RUKUN NEGARA

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan raya yang menimbulkan isu perkauman sensitif. Seperti diperkatakan Tun Tan Siew Sin, pilihan raya membuktikan cara paling mudah untuk memancing undi adalah dengan mengapi-apikan isu perkauman. Tercetusnya tragedi 13 Mei didakwa berpunca perasaan tidak puas hati antara satu sama lain kerana orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.Keistimewaan diberikan kepada Melayu juga mengakibatkan etnik lain terasa dianaktirikan dan peluang ekonomi mereka terancam. Ini menjelaskan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat mengenai kedudukan istimewa orang Melayu, Islam, bahasa Melayu, institusi beraja dan kewarganegaraan sehingga menimbulkan konflik berpanjangan jika tidak ditangani dengan baik. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia.