mcmc
Maklumat Setempat

Vaksin AstraZeneca

186472475 155697016521853 6089127468661736150 n

186472475 155697016521853 6089127468661736150 n

COVID-19: KKM luluskan vaksin AstraZeneca

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memberi kelulusan pendaftaran bersyarat kepada vaksin AstraZeneca jenis cecair suntikan yang dibekalkan melalui fasiliti COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-355 yang bersidang hari ini. 

Vaksin AstraZeneca disahkan selamat untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang kini memasuki pelaksanaan fasa kedua. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata vaksin itu akan digunakan untuk imunisasi golongan berusia 60 tahun ke atas yang dinilai sebagai paling sesuai menerimanya.Beliau memaklumkan, vaksin itu akan digunakan dalam fasa kedua program imunisasi berkenaan, namun tidak menyatakan bila pemberiannya dijadualkan bermula.”Vaksin AstraZeneca selamat untuk digunakan serta berkesan. Ia akan digunakan untuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas sebagai paling sesuai.