mcmc
Maklumat Setempat

Advokasi: Klik dengan Bijak & Creative Card

 

 

 

Pada 1hb Jun 2019 dari jam 9.00pagi hingga12.00 tengahari telah diadakan bengkel Advokasi: Klik dengan Bijak & Creative Card sempena sambutan Hari raya. Bengkel ini telah dijalankan di PEDi Parit Selangor. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memahirkan penggunaan teknologi di dalam kehidupan seharian yang boleh diaplikasikan dalam pembikinan kad raya dengan menggunakan aplikasi/software yang terdapat di dalam komputer. Serta memanfaatkan kemudahan internet bagi mencari bahan yang menarik secara kreatif dan beretika. Seramai 4 orang murid sekolah rendah telah terlibat menyertai bengkel ini. Butiran berkaitan bengkel ini, dimulakan dengan taklimat ringkas kepenggunaan Klik dengan Bijak, kemudian, murid-murid diminta untuk muat turun contoh kad raya di Internet menggunakan Google search engine, seterusnya murid-murid diminta untuk membina semula kad raya berinspirasikan contoh kad raya yang telah dimuat turun. Dengan menghadiri bengkel ini, murid dapat pendedahan tentang kepentingan menggunakan Internet dengan berhemah (KDB), melatih murid kemahiran muat turun gambar di Internet dengan mudah dan melatih murid menggunakan perisian Paint dengan baik dan penggunaan warna dan berus yang bersesuaian. 

{gallery}stories/laporanaktivitijun_1{/gallery}