Advokasi : Hari Bersama Komuniti PEDi Parit Selangor 2019
- Pada 13 April 2019, bertempat di PEDi Parit Selangor telah berlangsung Program Hari Bersama Komuniti PEDi Parit Selangor. Program ini berlangsung dari jam 9.00pagi hingga 4.30 petang. Program tahunan PEDi seluruh Malaysia ini bertujuan merapatkan hubungan dengan komuniti setempat. Ini bagi mempromosikan PEDi, dashboard komuniti selain promosi produk IKS yang dihasilkan oleh usahawan IKS setempat. Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang program tersebut yang juga turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta. Antaranya, PTPTN, ASNB, KEMAS, PPNJ, IPD, AIM, Coway, Tupperware, dan IKS seperti Bahulu Idaman, Pastri Kak Rahayu dan juga KOSPEN. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Pontian, Tok Bahadun Bin Samirin yang turut dihadiri wakil TM USP En.Shauqi dan juga wakil MSD En. Al-Hafiz Mustafa. Penyertaan dan sambutan yang diterima daripada komuniti setempat sangatlah memberangsangkan.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena hari bersama komuniti ini, antaranya taklimat advokasi di SK Seri Bukit Panjang dan SK Parit Selangor [aktiviti sebelum], Mewarna dewasa, Kelas literasi ict kanak-kanak KEMAS, Art of Origami, Pertandingan mengarang artikel berkaitan ict, Teka anak ayam, Cabutan bertuah, kuiz etc. Kesemua aktiviti ini telah pun dijalankan sejak awal April lagi sehinggalah tarikh 13 April 2019 di mana kemuncak program dan majlis penyampaian hadiah serta penutup dilaksanakan.