mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti PEDi Parit Selangor November 2018

 

ADVOKASI & DASHBOARD FUN RACE BERSAMA PKPDK SINAR BAKTI

Advokasi & Dashboard Fun Race Bersama PKPDK Sinar Bakti telah diadakan pada 14hb November 2018, jam 2.30 petang hingga 5.30 petang di PKPDK SINAR BAKTI, Parit Semerah, Pontian. Advokasi ICT & dashboard komuniti ini dijalankan secara santai berikutan penglibatan PEDi semasa Program Perkhemahan & Anugerah Cemerlang 2018 bagi PKPDK Sinar Bakti 2018. Ianya memberi peluang kepada golongan istimewa dan para penjaga yang ada untuk turut serta dalam memanfaatkan lagi dashboard komuniti ini. Seramai 70 orang pelatih dan petugas PKPDK SINAR BAKTI terlibat dalam program ini. Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelatih dan petugas PDK berkenaan Dasbpard Komuniti serta mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PEDi daerah Pontian, pelatih serta petugas PKPDK Sinar Bakti.

 

SEMINAR KEPENTINGAN KAWALAN KENDIRI DI DALAM DUNIA DIGITAL

Seminar Kepentingan Kawalan Kendiri Di Dalam Dunia Digital telah diadakan pada 22hb November 2018 dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang, bertempat di Hotel New York Johor Bahru. Seminar kepentingan kawalan kendiri di dalam dunia digital oleh CMCF dan SKMM wilayah selatan ini telah dihadiri oleh wakil-wakil komuniti, wakil jabatan kerajaan dan staf-staf PEDi negeri Johor. Program ini memberi latihan kepada wakil PI, komuniti dan wakil jabatan kerajaan berkenaan kepentingan kendiri di dalam dunia digital, dianjurkan oleh CMCF dan SKMM wilayah selatan. Antara penceramah yang hadir memberikan taklimat adalah En. Ahmad Fazlin Abu Kassim (CMCF) dan En. Vimalan Subramaniam, Wakil dari MCMC Pejabat Wilayah Selatan

 

ADVOKASI : TIPS UNTUK KEKAL SELAMAT DALAM TALIAN

Pada 23hb November 2018 telah diadakan Advokasi Tips Untuk Kekal Selamat Dalam Talian bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Program yang diadakan selama 2 jam iaitu dari jam 9.15 pagi hingga 11.15 pagi melibatkan 10 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini bertujuan memberi tips-tips Untuk Kekal Selamat Dalam Talian kepada Pelajar di samping terlibat dengan kelas mingguan sempena cuti sekolah. Dapat memberi pendedahan berkenaan langkah-langkah keselamatan kepada peserta di dalam penggunaan Internet Online