mcmc
Maklumat Setempat

PENYERAHAN KIOSK DARIPADA PEDi PARIT SELANGOR KEPADA WAKIL SK PARIT SELANGOR

PENYERAHAN KIOSK DARIPADA PEDi PARIT SELANGOR KEPADA WAKIL SK PARIT SELANGOR

 

Penyerahan kiosk daripada PEDi Parit Selangor kepada wakil SK Parit Selangor  telah diadakan di PEDi Parit Selangor pada 14hb Oktober 2018 sekitar jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. 3 orang wakil daripada SK Parit Selangor termasuk guru penolong kanan iaitu Puan Rossenah binti Lagiman. Penyerahan kiosk PEDi yang terpakai ini dibuat bagi kegunaan sekolah yang terpilih dan SK Parit Selangor telah terpilih memandangkan mereka telah membuat permohonan di samping kriteria layak iaitu jarak antara sekolah dan PEDi tidak melebihi 1kilometer. Kiosk tersebut yang tidak digunakan lagi oleh pihak PEDi tetapi masih berfungsi, diharap dapat dimanfaatkan bersama seluruh warga SK Parit Selangor. Kebaikan penyerahan kiosk ini kepada pihak sekolah adalah dapat memberi peluang kepada pihak Sek Keb Parit Selangor untuk memaksimumkan penggunaan kiosk tersebut kepada murid-murid sekolah berkenaan. Selain memberi peluang kepada murid-murid kepada penggunaan komputer dan Internet, ianya memudahkan murid, guru-guru, staf pentadbiran dan pelawat untuk menggunakan perkhidmatan kiosk tersebut.