mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti PEDi Parit Selangor Oktober 2018

PENYERAHAN KIOSK DARIPADA PEDi PARIT SELANGOR KEPADA WAKIL SK PARIT SELANGOR  

Penyerahan kiosk daripada PEDi Parit Selangor kepada wakil SK Parit Selangor  telah diadakan di PEDi Parit Selangor pada 14hb Oktober 2018 sekitar jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. 3 orang wakil daripada SK Parit Selangor termasuk guru penolong kanan iaitu Puan Rossenah binti Lagiman. Penyerahan kiosk PEDi yang terpakai ini dibuat bagi kegunaan sekolah yang terpilih dan SK Parit Selangor telah terpilih memandangkan mereka telah membuat permohonan di samping kriteria layak iaitu jarak antara sekolah dan PEDi tidak melebihi 1kilometer. Kiosk tersebut yang tidak digunakan lagi oleh pihak PEDi tetapi masih berfungsi, diharap dapat dimanfaatkan bersama seluruh warga SK Parit Selangor. Kebaikan penyerahan kiosk ini kepada pihak sekolah adalah dapat memberi peluang kepada pihak Sek Keb Parit Selangor untuk memaksimumkan penggunaan kiosk tersebut kepada murid-murid sekolah berkenaan. Selain memberi peluang kepada murid-murid kepada penggunaan komputer dan Internet, ianya memudahkan murid, guru-guru, staf pentadbiran dan pelawat untuk menggunakan perkhidmatan kiosk tersebut.

 

 

ADVOKASI & PENGUMPULAN BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA UTK PROGRAM ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE 2018 

Advokasi & pengumpulan bahan-bahan kitar semula utk Program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2018 telah diadakan di Sek Keb Parit Selangor. Pihak PEDi parit Selangor telah turut serta dalm program tersebut dengan menghantar beberapa barangan terpakai serta membuat program advokasi ringkas di sana. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyokong program tahunan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2018 yang disertai SK Parit Selangor & komuniti sekitar. Bagi program advokasi, seramai 23 orang dari pelbagai peringkat umur telah turut serta. Program ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna tentang keperluan untuk mengitar semula barangan elektrik yang sudah tidak digunakan lagi.

 

 

ADVOKASI MOBILE EWASTE 

Advokasi Mobile Ewaste  telah diadakan  pada 19hb Oktober 2018 jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari di PEDi parit Selangor. Program ini bertujuan memberi kesedaran berkenaan mobile ewaster dan dizahirkan melalui poster. Pelajar menghadiri kelas mingguan dan diberi tugasan untuk menyiapkan poster berkaitan mobile ewaste. Seramai 4 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dalam program ini. Kelebihan program ini dapat memberi maklumat kepada pelajar-pelajar kepentingan Mobile e-Waste, peranti-peranti elektronik yang sudah tidak digunakan contohnya telefon pintar, peralatan video game, laptop dan sebagainya mendatangkan kemudaratan kepada individu dan persekitaran.