mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti PEDi Parit Selangor September 2018

 

 

Aktiviti Hari Malaysia Bersama Anak-Anak Tabika Kemas Kg Parit Baru

 

Aktiviti Hari Malaysia Bersama Anak-Anak Tabika Kemas Kg Parit Baru telah diadakan pada 13hb September 2018, jam 10.00 pagi hingga12.00 tghr, bertempat di PEDi  Parit Selangor. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Jalur Gemilang atau bendera kebanggaan Malaysia serta bunga kebangsaan kepada murid-murid Tabika, di samping aktiviti mewarna yang dijalankan. Penggunaan alatan ICT seperti komputer digunakan bagi menambahkan kemahiran mereka dengan penggunaan keyboard serta perisian Paint untuk mewarna agar mereka lebih praktikal dalam penggunaan komputer. Setelah tamat aktiviti mewarna pula, diselitkan juga aktiviti tayangan video kisah teladan sebagai aktiviti sokongan untuk mereka berhibur. Seramai 21 orang murid Tabika KEMAS Kampung Parit Baru terlibat di dalam program ini di mana kesemuanya adalah murid yang berumur 5 dan 6 tahun.Program seperti ini dapat mengasah bakat anak-anak dengan mewarna menggunakan Paint. Kreativiti dan kekemasan mewarna menggunakan Paint dapat memberi cabaran kepada mereka berbanding mewarna menggunakan cara manual menggunakan kertas dan pensil warna.

 

  1. Advokasi-Klik Dengan Bijak & Kuiz Hari Malaysia

 

  1. Advokasi-Klik Dengan Bijak & Kuiz Hari Malaysia telah diadakan pada 21hb September 2018, jam 4.30 ptg hingga 5.30 ptg. Program yang disertai 19 orang remaja dan belia itu sempena sambutan Sempena Hari Malaysia 2018. Aktiviti yang diadakan adalah taklimat ringkas Klik Dengan Bijak bersama remaja & belia yang hadir di Pusat Internet selain aktiviti Kuiz Hari Malaysia yang bertujuan memupuk semangat suka membaca serta menguji tahap pengetahuan Am serta Sejarah masing-masing. Manfaat program ini, dapat memberi maklumat kepada remaja dan belia berkenaan etika kepenggunaan media sosial, Internet dan multimedia. Selain itu, carian maklumat di Internet semasa menjawab Kuiz Hari Malaysia sedikit sebanyak mengasah kemahiran mereka dalam membuat carian dengan baik dengan menggunakan enjin carian.

 

 

 

  1. Hari Bersama Komuniti Di PEDi Tanjung Piai
  2. Hari Bersama Komuniti Di PEDi  Tanjung Piai telah diadakan di PEDi  Tanjung Piai pada 29hb September 2018 jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Tujuan Hari Bersama Komuniti PEDi  anjuran PEDi Tanjung Piai. ini diadakan sebagai salah satu cara bagi mengeratkan hubungan dengan komuniti serta mempromosikan pusat internet Tanjung Piai khususnya dan PEDi seluruh Pontian amnya, kepada umum. Seramai 80 orang komuniti setempat dari pelbagai peringkat umur terlibat dalam menjayakan program ini. Kebaikan program yang dianjurkan seperti ini iaitu dapat mempromosikan Pusat Internet seluruh Pontian, di samping mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PEDi dari pelbagai syarikat telekomunikasi yang lain. Antara aktiviti utama yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS Bersama-sama Ibubapa/Penjaga, Pertandingan “Typing Fast Challenge” untuk 12 tahun – 16 tahun, Pertandingan “Word Search Challenge” terbuka 10 tahun dan keatas, Taklimat / Tayangan Video Advokasi KDB, Taklimat Kepentingan Mobile e-Waste 3. Taklimat Keusahawanan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) manakala aktiviti sokongan adalah Permainan Kerusi Muzik terbuka 10 tahun dan keata serta Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Booth Usahawan