mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti PEDi Parit Selangor Ogos 2018

Promosi MyKomuniti dan Kuiz Terkumpul Dashboard

Promosi MyKomuniti dan Kuiz Terkumpul Dashboard telah diadakan pada 17hb Ogos 2018 jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi di PEDi  parit Selangor. Program ini bertujuan bagi mempromosikan soalan kuiz dashboard komuniti yang telah masuk penggal kedua yang bertemakan kesihatan / MyHealth, selain Menggalakkan penggunaan MyKomuniti. Sebanyak 4 orang murid sekolah rendah terlibat.Program ini menggalakkan penggunaan Dashbaord Komuniti dikalangan ahli PEDi dan juga menjawab kuiz terkumpul Dashboard. 

 

Advokasi dan Kuiz Kemerdekaan 2018

Selepas Program Promosi MyKomuniti dan Kuiz Terkumpul Dashboard selesai, program seterusnya adalah Advokasi dan Kuiz Kemerdekaan 2018. Dijalankan di PEDi  juga pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.Program ini bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan am berkaitan kemerdekaan Negara. Kuiz yang diberikan adalah dalam bentuk teka silang kata. Mereka boleh menjawab kuiz tersebut sambil merujuk kepada laman web tertentu. Ini bagi mendidik mereka berkaitan pencarian maklumat yang sahih dan benar.Seramai 11 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang turut serta dalam program ini. Program ini dapat melatih peserta di dalam membuat carian di Google di samping menambah ilmu pengetahuan berkenaan hari kemerdekaan Malaysia

 

Advokasi Kibarkan Jalur Gemilang Serta Aduan Maklumat Palsu

Pada 21hb Ogos, telah diadakan aktiviti bersama remaja dan belia Kampung Parit Selangor iaitu Advokasi Kibarkan Jalur Gemilang Serta Aduan Maklumat Palsu. Telah diadakan di PEDi  Parit Selangor pada jam 4.00 hingga 5.00 petang. Program ini merupakan aktiviti bersama pengunjung PEDi yang terdiri daripada belia dan remaja. Ini bagi memupuk semangat cintakan negara di kalangan belia dan remaja dengan mengibarkan jalur gemilang. Bendera di pasang di bahagian pagar PEDi ini sendiri. Menyokong kempen kibarkan jalur gemilang. Serta mendidik pengguna bagaimana cara / saluran yang betul dalam menyalurkan aduan mereka. 

 

Kuiz Merdeka dan Mewarna Merdeka

Pada 23hb Ogos 2018, telah diadakan Kuiz Merdeka dan Mewarna Merdeka di PEDi  Parit Selangor. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan am berkaitan kemerdekaan Negara. Kuiz yang diberikan adalah dalam bentuk teka silang kata. mereka boleh menjawab kuiz tersebut sambil merujuk kepada laman web tertentu. Selain itu aktiviti kreatif mewarna merdeka terbuka kepada semua pengunjung. Seramai 9 orang pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat menjayakan program ini. Kebaikan program ini adalah dapat meningkatkan pengetahuan am di kalangan peserta berkenaan kemerdekaan Malaysia