mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti PEDi Mei 2018

Program Bersama Kemas Pontian Besar Kiri & Komuniti

 

Pada 3hb Mei 2018, telah diadakan Program Bersama KEMAS Pontian Besar Kiri, Ibu bapa dan juga komuniti sekitar Pontian Besar Kiri bertempat di Lorong Sahdan, Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri. Program selama 2 jam itu bertujuan untuk memromosi PEDi kepada warga KEMAS serta ibu bapa pelajar. Edaran risalah Klik Dengan Bijak , Mobile E-waste, sebenarnya.my etc. juga dibuat sebagai salah satu kaedah promosi PEDi selain mengeratkan silaturrahim di antara staff PI1M dan komuniti. Seramai 26 orang terlibat termasuk kanak-kanak Tabika KEMAS, ibu bapa dan penduduk sekitar.

 

Program ini memberi kesedaran berkenaan kepentingan penggunaan media sosial dengan bijak, kepentingan kitar semula peralatan elektronik, penyebaran maklumat palsu dengan memperkenalkan laman web sebenarny.my, selain mengeratkan silaturrahim di antara staff PEDi , pembantu masyarakat dan ibu bapa. Antara aktiviti utama adalah taklimat KDB, taklimat mobile e-waste dan pengenalan kepada laman web sebenarnya.my dan aktiviti sampingan iaitu program mewarna bagi kanak-kanak TABIKA.