mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2018

 

  1. Advokasi & Literasi Digital Serta Etika Kepenggunaan & Pengenalan Microsoft Office Word (Kanak-kanak TABIKA KEMAS)

 

Pada 12hb April 2018 jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, telah diadakan program selama 2 jam merangkumi Advokasi & Literasi Digital Serta Etika Kepenggunaan & Pengenalan Microsoft Office Word kepada seramai 11 orang murid 6 Tahun TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru. Program ini telah diadakan di bilik latihan PEDi Parit Selangor dikendalikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi . Program ini bertujuan memberikan pengkhususan kepada anak-anak tabika KEMAS Kg Parit Baru yang berumur 6 tahun. Kelas literasi digital penggunaan MS Word bagi menyediakan diri anak-anak ini dengan asas teknologi maklumat sebelum memasuki sekolah rendah. Selain itu mereka diajar berkenaan etika kepenggunaan komputer dan teknologi yang betul.  Program ini juga memberi peluang kepada murid-murid 6 tahun pra sekolah di dalam memantapkan kemahiran mereka menggunakan komputer dan kemahiran menghafal ABC. Kelas bimbingan rapid typing sebelum ini dijadikan panduan dalam memastikan murid-murid mencapai objektif latihan ini. Aktiviti utama yang dijalankan adalah dgn memberikan latihan asas menaip ABC kepada mereka, kemudiannya murid diberi latihan untuk menaip beberapa perkataan mudah, seterusnya taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak (etika kepenggunaan komputer)

 

  1. Advokasi & Bengkel Literasi Ict Lanjutan Part 1 (Mobile E-Waste & Photoshoot Produk) 

 

Program ini telah diadakan pada 15hb April dengan kerjasama Perkumpulan Wanita (WI) Kampung parit Selangor. Tujuan program ini diadakan bagi memberi kemahiran kepada usahawan-usahawan wanita IKS tentang cara-cara membuat photoshoot produk mereka. Selain itu dilatih juga bagaimana menggunakan aplikasi smartphone yang boleh menambah baik kualiti imej yang telah diambil serta beberapa aplikasi Image Editing juga diperkenalkan. Ini bagi memudahkan kerja-kerja image editing dan labelling pada gambar. Latihan memuat naik gambar produk ke laman sosial seperti instagram dan facebook juga diberikan bagi memudahkan usahawan-usahawan ini mempromosikan produk IKS mereka. Bengkel ini dijalankan di PEDi Parit Selangor dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.

 

 

  1. Jom Membaca 10 Minit 

 

Kempen menggalakkan budaya membaca ini telah diadakan pada 24hb April 2018 (10.00 pagi – 12.00 tengahari) di Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian. Di mana program ini dijalankan serentak di semua perpustakaan awam dan sekolah-sekolah di seluruh negara. Program yang berlangsung di Perpustakaan Awam Negeri Johor Cawangan Pontian ini telah disertai oleh petugas perpustakaan sendiri, 50 orang pelatih PDK Sinar Bakti, Para guru PDK Sinar Bakti dan penjaga berserta beberapa petugas PEDi Pontian. Aktiviti sampingan lain yang berlangsung sebelum membaca serentak pada pukul 11 pagi bermula adalah sesi ramah mesra bersama para pelatih PDK Sinar Bakti. Aktiviti menyiapkan puzzle bersama. Turut serta adalah wakil dari OUM Pontian .

 

Hari Bersama Komuniti PEDi Parlimen Pontian

 

Pada 26hb April 2018, telah diadakan Hari Bersama Komuniti PEDi Parlimen Pontian merangkumi 4 buah PEDi yang terletak di dalam kawasan Parlimen Pontian. PEDi tersebut adalah PEDi Permatang Sepam, PEDi Sungai Pinggan, PEDi Pulai Sebatang dan PEDi . Program yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang etika kepenggunaan Internet dan Laman Sosial selain mengeratkan silaturrahim dikalangan staf PEDi dan komuniti sekitar. Seramai 270 orang pengunjung dari pelbagai peringkat usia telah terlibat di dalam beberapa aktiviti yang telah dianjurkan. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah Program Promosi dan Kesedaran (Taklimat KDB, Taklimat e-Waste, Program Mobile e-Waste, Kuiz (KDB/ Dashboard Komuniti/ Mobile e-Waste), Download Mobile Apps Dashboard Komuniti, Sukaneka, Pertandingan Mewarna dan Jualan IKS. Antara kebaikan dan manfaat yang didapati daripada program ini adalah ianya dapat memberi kesedaran kepada komuniti terhadap etika penggunaan Internet dan laman sosial selain mengeratkan silaturrahim diantara staf PEDi dan komuniti dengan kepelbagaian aktiviti yang diadakan sepanjang program dijalankan. Antara VIP yang turut hadir dalam program ini adalah En Syakirin Ismail, wakil daripada Telekom Malaysia, Ketua Kampung Kaw. 6 Haji Buang Saadon, Penghulu Mukim Benut Hairul bin Hamid, wakil MSD Southern Region, DRM Mohd Fakhrurazi bin Mohtar & Mohd Alhafiz Mustapha.