Creative Excel Part 1

Galeri Foto | 23 April 2018

Creative Excel Part 1

 

 

Program ini telah dijalankan pada 9hb Mac 2018 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, bertempat di PEDi Parit Selangor. Program ini bertujuan bagi meningkatkan kreativiti pelajar. Jika sebelum ini pelajar banyak didedahkan dengan latihan membina jadual, format jadual, membina graf serta membuat kira-kira, kali ini pelajar diberi latihan berbeza iaitu menggunakan Perisian Excel untuk membuat seni kuhfi. Program ini melibatkan 6 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelaksanaan utama program ini adalah latihan seni kuhfi menggunakan Microsoft Excel. Penerangan ringkas daripada petugas, kemudian pelajar diberi contoh seni kuhfi dan diminta untuk membuat latihan. Kebaikan program seperti ini dapat menjadikan pelajar lebih kreatif dalam menggunakan perisian Excel. Memberi pendedahan kepada pelajar bahawa perisian seperti Excel juga boleh menghasilkan seni kuhfi yang cantik dan penggunaanya yang ringkas amat memudahkan pelajar.

 

  1.